Tuesday 5 July 2022

"SANA SINI RANCAK SUKAN BERSUKAN " DI SMK SERI KAMPAR

 Minggu yang penuh dengan aktiviti kesukanan di SMK Seri Kampar - biar gambar berbicara 



Menjelang kejohanan MSSD Sepak Takraw SMK Seri Kampar bakal menghantar 3 regu yang akan berlansung 6 dan 7 Julai 2022 bertempat di SMK Kampar. Moga berjaya Team Under 18 SMK Seri Kampar
Latihan Team Hoki di Kompleks Rakan Muda Kampar - dibawah jurulatih tersohor En Andy 





Kejohanan Bola Jaring MSSD - Juara Berganda Tahniah dan syabas kpd team guru dan team pelajar SMK SERI KAMPAR yg telah menjuarai kedua-dua pertandingan bola jaring MSSD. Kali terakhir bola jaring memegang takhta juara berganda adalah pada 2014, selepas 8 tahun

Thursday 16 June 2022







Sekitar majlis penyerahan keputusan SPM untuk calon 2021 telah diadakan hari ini. SMK Seri Kampar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon dan semoga anda lebih berjaya selepas ini dalam apa jua bidang yang di ceburi serta selamat maju jaya...

 

Tuesday 7 June 2022





🔴TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2021

Tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.


🌐Semakan keputusan melalui 3 cara bermula 10:00 pagi :
✅Hadir ke sekolah 
✅Atas talian :
  myresultspm.moe.gov.my
✅SMS :
  SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888



Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.



 

Monday 6 June 2022


 


Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kebawah duli yang maha mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah  Al-Musta'in Billah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku

Sembah Takzim daripada warga SMK Seri Kampar.

Saturday 4 June 2022


 

SMK Seri Kampar mengucapkan selamat cuti sekolah kepada semua pelajar-pelajar. Manfaatkan cuti selama satu minggu ini dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat di samping keluarga tercinta. Selamat bercuti sekolah, have a blast, and enjoy your holiday..

Monday 16 May 2022


 SMK Seri Kampar mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru di sekolah ini dan 1 malaysia. Terima kasih semua guru atas sumbangan masa, tenaga dan semuanya dan diharapkan anda terus maju jaya di masa akan datang...

Sunday 1 May 2022


 
Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua murid yang menyambut..Bersama-sama kita menjaga keselamatan diri dan berbahagia bersama keluarga tersayang...



 SMK Seri Kampar mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua guru, akp dan pekerja pembersihan sekolah. Semoga dengan sambutan tahun ini dapat menjadikan kita sebagai pekerja yang berdedikasi dan mempunyai jati diri yang baik..☺️☺️☺️

Saturday 30 April 2022

 



SMK Seri Kampar mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah yang beragama islam sempena hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin. Diharapkan agar semua murid menjaga keselamatan diri sewaktu bercuti dan bergembira bersama keluarga tersayang...☺️✌️✌️


Monday 18 April 2022




Salam NUZUL AL-QURAN 1443H / 2022M buat seluruh #keluargaserikampar yang beragama islam daripada seluruh warga SMK Seri Kampar.

 

Saturday 2 April 2022

 


Seluruh warga SMK Seri Kampar mengucapkan selamat berpuasa kepada semua murid-murid yang akan bermula pada 3.4.2022. Semoga ramadhan kali ini mengajar kita erti kesabaran dan ketenangan dalam mengharungi cabaran melawan virus covid 19. Bersama-sama kita menjaga sop dalam bulan yang mulia ini dan semoga kita semua dirahmati insyaallah. Selamat beramal...☺️✌️



Monday 21 March 2022









PERCUBAAN UJIAN PISA 2022 UNTUK MURID TINGKATAN 4 SMK SERI KAMPAR MELIBATKAN 49 ORANG CALON SEBAGAI PERSEDIAAN UJIAN PISA SEBENAR YANG DIJANGKA PADA 17 APRIL - 31 MEI 2022 BERLANGSUNG DI MAKMAL KOMPUTER A DAN B SERTA PUSAT AKSES. SMK SERI KAMPAR JUGA TELAH DIPILIH SEBAGAI PUSAT PISA UNTUK DAERAH KINTA SELATAN.

 


 SMK SERI KAMPAR MENZAHIRKAN UCAPAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA MURID YANG AKAN BERMULA PADA 21 MAC 2022 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023. BAGI MURID SEK MEN, PDPR AKAN DILAKSANAKAN BERMULA 21.3 - 4.4.2022.PIHAK SEKOLAH BERHARAP AGAR MURID-MURID SEMUA MENJAGA KESIHATAN DAN KEKALKAN PEMATUHAN SOP UNTUK KITA KEKAL SIHAT SERTA MENGGELAKKAN DARI JANGKITAN COVID 19. 

Tuesday 1 March 2022

 

Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon spm 2021 yang akan menduduki peperiksaan pada 2 Mac 2022. Selamat maju jaya kepada anda semua, anda semua boleh...

Saturday 26 February 2022


 


Selamat Bercuti Akhir Penggal 3 Kepada Semua Pelajar SMK Seri Kampar.

Tempuhi cuti kalian dengan perkara-perkara yang berfaedah dan berbaktilah kepada ibu/bapa/penjaga kalian.

Semoga cuti yang dilalui ini akan memberikan semangat baharu apabila kembali ke sekolah semula pada hujung Mac Tahun 2022.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga diri dan sentiasa mengamalkan SOP. Dan kepada calon SPM 2021 yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi, gunakan cuti ini untuk ulangkaji serta lakukan latihan tambahan sebagai persediaan peperiksaan kelak. Pentadbir, guru dan staff SMK Seri Kampar mengucapkan selamat bercuti kepada semua...


Tuesday 1 February 2022

Tuesday 18 January 2022

HAPPY THAIPUSAM

 

 Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu. Semoga sambutan perayaan ini dapat disambut dalam suasana gembira dan harmoni.

MAJALAH SEKOLAH 2021/22 - SERI KAMPAR YEAR BOOK 2021/22 EDISI KE 39

                     MAJALAH SEKOLAH SMK SERI KAMPAR  EDISI KE 39 ( 2022 ) VERSI DIGITAL - " Memory is not a key for the past , but tow...