Monday 26 August 2019

SMK SERIKAMPAR MENEMPAH NAMA DALAM MALAYSIAN BOOK OF RECORD 2019 SEMPENA ULANGTAHUN KE 60 PENUBUHAN SMK SERI KAMPAR

tarikh bersejarah 24 Ogos 2019 sabtu - smk seri kampar telah mencapai satu lagi kejayaan dengan meletakkan nama SMK SERI KAMPAR dalam Malaysian Book Of Record dengan Projek Rekacipta Replika Sarang Burung Tempua Terbesar di Malaysia. Sebanyak 400 batang buluh digunakan untuk menghasilkan replika sarang burung tempua setinggi 10 meter (m) dan 6.66m lebar seterusnya dinobat sebagai ciptaan terbesar di Malaysia. 

Ciptaan replika oleh 700 pelajar dan 100 guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kampar di sini bersama 40 komuniti setempat itu berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Menurut pengarah projek, Muzafar Saari, pembinaan replika itu mengambil masa selama empat bulan apabila mula dibina pada awal Mei dan siap sepenuhnya 18 Ogos lalu.

"Kita turut menggunakan setengah tan besi konkrit, 12,000 batang paku, satu lori daun rumbia selain dawai dan tali plastik untuk menghasilkan replika ini dengan kos keseluruhan sebanyak RM18, 340 hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk orang perseorangan," katanya kepada Bernama.

Sijil MBOR disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBOR ,Christopher Wong, kepada guru besar Mohamad Azhar Ariffin pada Majlis Perasmian Reka Cipta Replika Sarang Burung Tempua Terbesar di Malaysia di sekolah berkenaan, di sini. 

Sumber : http://bernama.com/bm/news.php?id=1760407







Tuesday 18 June 2019


PELAJAR SMK SERI KAMPAR TERLIBAT DENGAN 
PROGRAM RENANG KEMERDEKAAN : RENTAS SELAT DINDING



 Program Latihan pada 21 Ogos dan minggu hadapan bermula Rabu yang akan dijalan tersebut ialah  PROGRAM RENANG KEMERDEKAAN : The Kelah Rentasi Selat Dinding. Program tersebut akan diadakan pada 31 Ogos 2019.

 Buat pengetahuan Pihak Tuan, program tersebut Disokong Penuh Oleh :Panglima, MARKAS PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA Lumut Malis Perbandaran Manjung, Perak. Berikut ialah maklumat mengenai Pegawai yang akan melatih The Kelah:


1.     ANGGOTA PERTAMA : ESTINO TANIYU
2.     ANGGOTA KEDUA : 838386 LK I JTP (PKL) MUHD EIZHAM FADHIL BIN KAMARUZAMAN

NAMA BAHAGIAN : UNIT LATIHAN PASKAL

NAMA PELAJAR SMK SERI KAMPAR TERSEBUT IALAH 

1.    Emir Haiqal Bin Kamaruddin 14 Tahun










MAJALAH SEKOLAH 2021/22 - SERI KAMPAR YEAR BOOK 2021/22 EDISI KE 39

                     MAJALAH SEKOLAH SMK SERI KAMPAR  EDISI KE 39 ( 2022 ) VERSI DIGITAL - " Memory is not a key for the past , but tow...