Tuesday, 27 October 2020

MAULIDUR RASUL 1442H ( 29 OKTOBER 2020 ) " UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI "

 

Pada tahun ini, tarikh bagi Maulidur Rasul 1442H  jatuh pada 29 Oktober 2020 (Khamis). Tema untuk sambutan Maulidur Rasul ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”. ni disebabkan negara masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan beberapa negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia merupakan satu syiar yang di raikan secara rasmi sebagaimana juga sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang di sambut pada 20 Ogos yang lepas. 

Nabi Muhammad S.A.W. adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan erti persaudaraan, akhlak dan kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

1. BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW

  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

 

mekah

 

2. SEJARAH KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

a. 5 Tahun

– Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.

b. 6 Tahun

– Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

– Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

c. 8 Tahun

– Datuknya, Abdul Muttalib meninggal dunia.

– Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

d. 9 Tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

– Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

– Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

e. 20 Tahun

– Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

– Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

f. 25 Tahun

– Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

– Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

– Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

– Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

g. 35 Tahun

– Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

– Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

– Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

h. 40 Tahun

– Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

i. 53 Tahun

– Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

– Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

j. 63 Tahun

– Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

3. ISTERI – ISTERI RASULULLAH SAW

– Khadijah Binti Khuwailid
– Saudah Binti Zam’ah
– Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
– Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
– Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
– Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
– Zainab Binti Jahsy
– Maimunah Binti Harith
– Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
– Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

4. ANAK ANAK RASULULLAH SAW

– Qasim
– Abdullah
– Ibrahim
– Zainab
– Ruqaiyah
– Ummi Kalthum
– Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti “bapak Qasim”, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.



No comments:

Post a Comment

MAJALAH SEKOLAH 2021/22 - SERI KAMPAR YEAR BOOK 2021/22 EDISI KE 39

                     MAJALAH SEKOLAH SMK SERI KAMPAR  EDISI KE 39 ( 2022 ) VERSI DIGITAL - " Memory is not a key for the past , but tow...