Monday, 9 November 2020

PKPB DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA BEMULA 9 NOVEMBER 2020

 

 PKPB DI SELURUH SEMENANJUNG - sehubungan dengan pengumuman MKN PKPB akan mula dilaksanakan mulai 9 Nobember 2020 hingga 6 disember 2020. semua selolah dan insitusi pendidikan akan di tutup. 

berikut adalah info lanjut berkenaan penutupan sekolah dan pembelajaran di rumah untuk semua pelajar dan Bekerja dari rumah ( BDR ) untuk guru sekolah seluruh Malaysia am nya dan khas kepada warga pendidik SMK Seri Kampar










Friday, 6 November 2020

Dirgahayu Tuanku - daripada warga SMK Seri Kampar


 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diputerakan pada 27 November 1956.

Baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987.
backup_ads
Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak Ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak Ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Setelah kemangkatan ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014.
Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah dari Darjah 6 hingga Tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur.
Pada 14 Ogos 2014, baginda berkenan menerima peranan sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia. - Foto BERNAMA
Pada 14 Ogos 2014, baginda berkenan menerima peranan sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia. - Foto BERNAMA
Ketika berusia 13 tahun, baginda berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge.
Baginda kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.
Baginda ialah Felow Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College dan St Edmund’s College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Felow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Felow Diraja Institut Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia; Felow Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia; dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.
Baginda kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard. - Foto Fail
Baginda kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard. - Foto Fail
Atas jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Terutama Ban Ki-moon, baginda telah berkenan mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015-2016.
Baginda pernah memenuhi peranan sebagai Duta Khas Malaysia menghadiri Dialog Antara Agama dan Antara Kebudayaan di konferens Perikatan Peradaban anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya berkuat kuasa 16 Julai 2014.
Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah daripada darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah daripada darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Pada 14 Ogos 2014, baginda berkenan menerima peranan sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.
Baginda diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011.
Baginda dikurniakan dengan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011. - Foto BERNAMA
Baginda dikurniakan dengan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011. - Foto BERNAMA
Sumber: sultannazrinshah.com

Wednesday, 28 October 2020

Sempena Maulidur Rasul

https://youtu.be/ZnM_ho22pZI 

WELCOME TO THE NEW PAGE OF SMK SERI KAMPAR

SMK SERI KAMPAR terletak kira-kira 1KM dari bandar Kampar menghala ke Kuala Lumpur (Selatan). Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1960. Pada peringkat permulaan sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Methodist ACS Kampar. Ketika itu sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar. Pada tahun 1970, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri berhampiran Pejabat Tanah Daerah Gopeng dan Kampar. Tiga blok bangunan didirikan sebagai permulaan. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Mohd Zain bin Daud PJK, PPT. Pada tahun 1972, sekolah ini memulakan pengambilan pelajar tingkatan 4. Pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1973, bilangan pelajar sekolah ini semakin meningkat. Oleh sebab itu, pihak sekolah telah mewujudkan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang untuk menampung pertambahan ini.
Mulai tahun 1978, sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Menengah Seri Kampar atas daya usaha PIBG. Pada Tahun 1980, tingkatan 6 rendah dimulakan bagi aliran kemanusiaan. Pada tahun yang sama juga iaitu pada 1 November 1980, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Wan Mohamad b. Wan Teh, SPCM, PJK, JP, Menteri Besar Perak ketika itu. Pengetua pada masa itu ialah En. Yusuf b. Sam. Pada tahun 1985 sehingga 1998, beberapa blok bangunan dan bilik-bilik khas baru telah dibina termasuk blok E, blok F, Blok G, bilik kuliah, bilik guru, bilik data, bilik multimedia, dan bilik mesyuarat. Pada tahun 1990, sekolah ini telah mula mengambil pelajar tingkatan 6 rendah aliran sains. Mulai tahun 2002 kemudahan prasarana sekolah ini dipertingkat dengan pembinaan sebuah dewan serbaguna, makmal komputer, menaik taraf bilik guru serta dewan kuliah yang dilengkapi alat pendingin hawa serta mewujudkan Pusat Sumber Sukan.
SMK SERI KAMPAR pernah dipilih oleh pihak MIMOS untuk melaksanakan program Persekitaran Pembelajaran Bestari (SLE) dari tahun 2000 hingga 2003. Hari ini Program Kecemerlangan Akademik merupakan aktiviti utama bagi sekolah ini di samping program kecemerlangan dalam bidang kokurikulum, kesahsiahan dan keceriaan. Hasilnya, SMK SERI KAMPAR telah melakar sejarah gemilang dalam bidang akademik apabila seorang pelajar, Cheong Chee Yen diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM peringkat Kebangsaan tahun 2002.Bilangan staf akademik pada tahun ini (2013) ialah seramai 97 orang manakala staf sokongan pula seramai 12 orang. Bilangan pelajar pula ialah seramai 1122 orang.

UCAPAN PENGETUA SMK SERI KAMPAR



















Pengetua  Tn. Hj Mohamad Azhar Bin Ariffin

Bismillahirrahmaanirrahim.
    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera,  Salam Perak Aman Jaya dan Salam SMK Seri Kampar Excellent. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya  Blog  SMK Seri Kampar telah  dapat disediakan dengan jayanya.
Umum menyedari bahawa demi kemandirian rakyat masa kini dan akan datang, sistem pendidikan negara perlu mengalami reformasi dan transformasi dalam menyahut cabaran era globalisasi yang hebat. Bentuk pendidikan untuk generasi baru perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang lebih terbuka dengan visi yang lebih meluas melalui mengupayakan mereka berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan berketrampilan. Untuk itu, KPM mengaspirasikan agar sistem pendidikan bertaraf dunia perlu diwujudkan.
Sehubungan dengan itu, setiap perancangan dan pelaksanaan yang bermula di sekolah harus berdasarkan wawasan untuk membawa perubahan dan anjakan paradigma dari segi pemikiran serta orientasi dan tindakan seluruh organisasi. Justeru itu, melalui perancangan takwim pengurusan ini diharap mampu memberi garis panduan dalam mempertingkatkan profesionalisme dan keikhtisasan para pendidik di SMKSK bagi merealisasikan slogan ”Satu Tekad, Satu Rentak, Satu Wawasan”
Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak didik semua dengan sepenuh upaya dan tulus ikhlas. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t. -  Amin

Sekian, terima kasih.

“Selamat maju jaya”
" We Deliver "
" Strive To Excellent " 





Tuesday, 27 October 2020

MAULIDUR RASUL 1442H ( 29 OKTOBER 2020 ) " UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI "

 

Pada tahun ini, tarikh bagi Maulidur Rasul 1442H  jatuh pada 29 Oktober 2020 (Khamis). Tema untuk sambutan Maulidur Rasul ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”. ni disebabkan negara masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan beberapa negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia merupakan satu syiar yang di raikan secara rasmi sebagaimana juga sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang di sambut pada 20 Ogos yang lepas. 

Nabi Muhammad S.A.W. adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan erti persaudaraan, akhlak dan kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

1. BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW

  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

 

mekah

 

2. SEJARAH KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

a. 5 Tahun

– Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.

b. 6 Tahun

– Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

– Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

c. 8 Tahun

– Datuknya, Abdul Muttalib meninggal dunia.

– Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

d. 9 Tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

– Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

– Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

e. 20 Tahun

– Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

– Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

f. 25 Tahun

– Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

– Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

– Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

– Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

g. 35 Tahun

– Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

– Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

– Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

h. 40 Tahun

– Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

i. 53 Tahun

– Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

– Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

j. 63 Tahun

– Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

3. ISTERI – ISTERI RASULULLAH SAW

– Khadijah Binti Khuwailid
– Saudah Binti Zam’ah
– Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
– Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
– Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
– Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
– Zainab Binti Jahsy
– Maimunah Binti Harith
– Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
– Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

4. ANAK ANAK RASULULLAH SAW

– Qasim
– Abdullah
– Ibrahim
– Zainab
– Ruqaiyah
– Ummi Kalthum
– Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti “bapak Qasim”, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.



Friday, 31 January 2020

VIDEO PERASMIAN SARANG BURUNG TEMPUA SMK SERI KAMPAR


Video di sekitar Majlis Perasmian Sarang Burung Tempua Terbesar di Malaysia yang terletak di SMK Seri Kampar, Perak.

MAJALAH SEKOLAH 2021/22 - SERI KAMPAR YEAR BOOK 2021/22 EDISI KE 39

                     MAJALAH SEKOLAH SMK SERI KAMPAR  EDISI KE 39 ( 2022 ) VERSI DIGITAL - " Memory is not a key for the past , but tow...